WASHINGTON – Planet Marikh akan kelihatan lebih besar dan terang dalam masa beberapa minggu akan datang selepas 15 tahun lalu, menurut NASA. Agensi berita Xinhua melaporkan pada 31 Julai depan, planet Marikh mengorbit pada kedudukan paling hampir dengan Bumi iaitu kira-kira 57.6 juta kilometer. Jarak antara Bumi dengan Marikh itu adalah paling hampir dicatatkan sejak tahun 2003. Apabila Marikh dan Bumi rapat antara satu sama lain, Marikh akan kelihatan sangat terang di langit. Keadaan itu membolehkan ia mudah dilihat menggunakan teleskop atau mata kasar dan fenomena tersebut hanya berlaku sekali atau dua kali dalam tempoh 15 atau 17 tahun. Paling…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya