BACHOK 7 Jun – Petronas menyampaikan zakat kepada 50 penghuni Maahad Tahfiz Darul Islah, Beris Lalang, dekat sini hari ini. Selain itu, syarikat multinasional tersebut turut menyampaikan bantuan makanan asas kepada keluarga yang kurang berkemampuan menerusi Program Sentuhan Kasih. Pengurusan Besar Petronas Wilayah Timur, Wan Mohd. Hasnan Abdullah berkata, program amal itu bertujuan meraikan golongan kurang berkemampuan sepanjang Ramadan di samping meringankan bebanan golongan asnaf menyambut Aidilfitri yang bakal tiba dalam suasana yang ceria. Menurutnya, sumbangan wang tunai bernilai RM100 dan RM200 bersama bekalan makanan kepada keluarga miskin diharapkan mampu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya