MOSCOW 15 Jun – Setelah kerap menjadi mangsa kekalahan dalam beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa, tuan rumah Rusia akhirnya mengaum apabila membelasah Arab Saudi 5-0 dalam aksi pembukaan Piala Dunia sebentar tadi. Sokongan luar biasa daripada penyokong tuan rumah membolehkan Rusia mengubati kekecewaan dalam aksi di Stadium Luzhniki bagi Kumpulan A, yang turut dihadiri Presiden Vladimir Putin dan Putera Mahkota Arab Saudi. Arab Saudi yang menghuni anak tangga ketiga di belakang Rusia di kedudukan ke-67 ranking dunia, beraksi dengan baik, kemas setiap masa namun gagal mengatasi tenaga luar biasa tuan rumah.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya