KUALA LUMPUR 7 Jun – Sempena ketibaan Syawal kali ini, orang ramai boleh mengunjungi pameran ikon permainan tradisional gergasi interaktif di pusat beli-belah IPC bermula sekarang hingga 24 Jun ini. Menurut Pengurus Pemasaran pusat beli-belah IPC, Eleanor Lo, sebahagian daripada pusat membeli-belah itu berubah wajah menjadi sebuah taman permainan tradisional klasik menempatkan permainan congkak, chapteh dan batu seremban gergasi untuk memberi keseronokan kepada pengunjung. “Kami ingin memberikan pengalaman perayaan Aidilfitri yang membawa kenangan silam. Kebanyakan orang menghabiskan terlalu banyak masa dengan gajet sehingga jarang berinteraksi dengan orang tersayang pada musim…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya