TAIPING – Kerajaan memberikan tempoh sehingga Ogos depan untuk majikan mendaftarkan pekerja mereka dan membayar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran menegaskan, Perkeso akan melancarkan kempen di seluruh negara menerusi Op Kesan untuk memburu majikan yang gagal mematuhi syarat tersebut pada tempoh masa ditetapkan. Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat berkata, majikan yang gagal akan berdepan hukuman denda sebanyak RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-dua sekali. “Tetapi saya maklumkan kepada Perkeso kami tidak mahu mengheret majikan ke mahkamah. Untuk apa simpan dalam penjara? Kami mahu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya