PULAU SHENGSI, China – Sebuah perkampungan yang terabai lebih dua dekad lalu kini menjadi lokasi tarikan pelancong selepas ‘ditelan’ hutan rimba yang melitupi bangunan-bangunan tinggal selepas semua penduduk berpindah ke bandar. Kampung Houtouwan yang terletak di Pulau Shengshan dahulunya merupakan sebuah perkampungan nelayan dan salah satu daripada 400 perkampungan yang terdapat di Pulau Shengsi. Namun, pada pertengahan 1990-an, kampung yang pernah mempunyai kira-kira 3,000 penduduk itu mula terabai apabila kebanyakan penghuni bertindak meninggalkan kampung dan berpindah ke bandar berhampiran. Sehinggalah pada tahun 2015, ‘kampung hantu’ itu menjadi viral apabila seorang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya