KUALA LUMPUR 30 Jun – Perkahwinan bawah umur wajar dihentikan serta-merta dan amalan seperti ini tiada tempat di Malaysia. Ketua Wanita Pakatan Harapan, Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan nasib anak ini dibela sewajarnya. Katanya, ini selaras dengan manifesto Pakatan Harapan yang akan menggubal undang-undang untuk menetapkan umur 18 tahun sebagai had umur minimum perkahwinan. “Saya terkejut dan sedih apabila mendengar berita berkenaan perkahwinan seorang lelaki berumur 41 tahun dengan seorang kanak-kanak perempuan 11 tahun di pantai timur baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya