AKSI terakhir Kumpulan A melibatkan perlawanan antara Denmark menentang Perancis di Stadium Luzhniki semalam disifatkan begitu hambar apabila terikat seri tanpa jaringan meskipun kedua-dua negara terbabit berjaya melangkah ke peringkat kalah mati pada Piala Dunia 2018. Pada aksi tersebut, Perancis mendominasi permainan separuh masa pertama, namun gagal melakukan cubaan berbahaya ke gawang Denmark bahkan gandingan jentera serangan antara Antoine Griezmann dan Olivier Giroud langsung buntu mengatur gerakan ke kubu lawan. Denmark pula hanya berjaya melakukan satu tendangan tepat ke arah gol pada penghujung separuh masa pertama. Perancis yang sudah layak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya