IPOH 6 Jun – Kerajaan negeri hari ini mengumumkan pemberian bonus khas RM1,000 kepada penjawat awam negeri sempena Hari Raya Aidlfitri. Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata, bonus khas itu akan diberikan kepada kira-kira 15,000 penjawat awam termasuk kakitangan kontrak. Katanya, pembayaran bonus tersebut dibuat secara berperingkat mulai hari ini. “Bonus sebanyak RM1,000 ini telah pun dipersetujui dan diharap pemberian tersebut dapat membantu penjawat awam membuat persiapan dan menyambut Aidilfitri dengan meriah,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya