KUANTAN 9 Jun – Seramai 7,324 penjawat awam Gred 41 ke bawah di negeri ini menerima ‘duit raya’ berjumlah RM450 daripada kerajaan negeri sebagai persiapan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi. Wan Rosdy Wan Ismai Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemberian khas yang melibatkan jumlah keseluruhan peruntukan kira-kira RM3.2 juta itu akan dibayar pada 12 Jun ini. “Semoga dengan bantuan khas ini dapat membantu semua penjawat awam membuat persiapan sempena sambutan hari raya tidak lama lagi,” katanya. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya