Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bantuan khas hari raya RM1,000 - Utusan Malaysia

Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bantuan khas hari raya RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Seramai 3,800 orang penjawat awam negeri ini bakal menerima bantuan khas Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM1,000 seorang. Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, secara keseluruhan bantuan itu akan melibatkan pembayaran sebanyak RM3.8 juta. “Pembayaran bantuan khas Hari Raya ini akan dibayar pada Isnin depan dan meliputi semua gred dalam perkhidmatan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini hari ini. Aminuddin turut menasihatkan penjawat awam untuk berbelanja secara berhemat supaya tidak menghadapi masalah kewangan apabila kembali bekerja selepas bercuti Hari Raya. – Bernama

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya