KUALA LUMPUR 26 Jun – Seorang peniaga air dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memiliki harta curi iaitu motosikal kepunyaan seorang kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jumaat lalu. Majistret Namirah Hanum Mohamed menjatuhkan hukuman itu selepas Suhaimi Ismail Mufit, 29, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadapnya. Dia didakwa dengan niat curang memiliki sebuah motosikal jenis Modenas Dinamik berwarna kuning bernilai RM3,000 milik Mohd. Fitri Sharuddin, 33, di tepi jalan, Jalan Pantai Permai, Brickfields, di sini kira-kira pukul 11.20 pagi, 22 Jun lalu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya