SEORANG bekas pegawai Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang dituduh menyerahkan maklumat rahsia kepada pegawai perisik China bagi mendapat ganjaran wang terpaksa menunggu selama setahun sebelum perbicaraan terhadapnya bermula di Amerika Syarikat (AS). Jerry Chun Shing Lee, pemegang kewarganegaraan AS yang berkhidmat untuk CIA dari tahun 1994 hingga 2007, akan dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah atas satu tuduhan berkomplot untuk melakukan pengintipan dan dua tuduhan menyimpan maklumat sulit secara tidak sah. Jerry, 53, yang sebelum ini menetap di Hong Kong tampil untuk menghadapi pertuduhan di sebuah mahkamah persekutuan di Alexandria, Virginia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya