PETALING JAYA – Seorang penganggur mati selepas ditetak sekumpulan lelaki menggunakan parang dalam satu kejadian di Jalan PJS 2B/3, Metro Square, PJS 2 di sini semalam. Dalam kejadian pukul 12 tengah malam itu, mangsa, S. Ravindran, 22, maut akibat pendarahan teruk susulan lengan kirinya hampir putus ditetak penjenayah terbabit. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohd. Zani Che Din berkata, mangsa diserang berhampiran sebuah kedai cuci kereta, berhadapan blok 10, Pangsapuri Desa Mentari 2, sebelum melarikan diri dalam jarak kira-kira 200 meter dari tempat dia diserang. Katanya, hasil siasatan mendapati penganggur…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya