GEMA takbir raya sayup-sayup kedengaran dari pekarangan Taska Na’il Uwais di Bandar Mahkota Cheras, Selangor. Sewaktu menjengah masuk ke dalam ruang utama taman asuhan kanak-kanak atau taska melalui pintu gelangsar itu, kira-kira 30 murid berusia dua hingga lima tahun kelihatan sabar menunggu arahan guru mereka dalam barisan-barisan masing-masing. Kesemua mereka tampak teruja mengenakan busana berwarna-warni lengkap dengan aksesori dan kebanyakan murid lelaki tampil memakai songkok serta samping sebagai pelengkap gaya. Pengusaha Taska Na’il Uwais, Nadiah Daud berkata, buat julung-julung kali pihaknya menganjurkan permainan peranan atau berkonsepkan role play bertemakan Hari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya