SHAH ALAM – Seorang pemandu kereta Volkswagen maut setelah dipercayai memandu secara laju sebelum terbabas dan melanggar tebing tembok batu berhampiran lampu isyarat Persiaran Kerjaya – Jalan Pengaturcara di sini petang tadi. Dalam kejadian pukul 1.34 petang, Yahya Ismail, 42, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, berdasarkan maklumat saksi kejadian mendakwa Yahya memandu laju dari arah Jalan Pengaturcara sebelum melanggar motosikal jenis Honda dinaiki warga Bangladesh berusia 38 tahun dari arah bertentangan. “Volkswagen…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya