KEMAMAN 6 Mei – Seorang pemandu maut selepas lori tangki membawa muatan sebanyak 17,000 liter asid sulfurik terbabas masuk ke dalam longkang di kilometer 312.2 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur masuk Plaza Tol Kerteh, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Said Ibrahim memberitahu, mangsa, Mohd Anwar Abdul Malik, 38, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala. Menurut beliau, kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu berlaku di laluan lurus ketika mangsa dalam perjalanan dari Johor Baharu untuk menghantar bahan kimia tersebut di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya