KEMAMAN 25 Jun – Seorang pemandu lori menghadapi detik cemas terperangkap selama lebih satu jam apabila kenderaan itu terbalik selepas terjunam ke dalam gaung berhampiran ladang kelapa sawit Putra North Terajul di sini hari ini. Abdul Mutalib Ab Manaf, 50 yang dalam perjalanan membawa hasil tuaian ke sebuah kilang bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan yang berlaku pada pukul 2.32 petang. Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Balai Ceneh, Penolong Penguasa Bomba, Muhammad Hasbullah Halipah memberitahu, lori 10 tan itu dikatakan mengalami kegagalan mekanikal di bahagian brek.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya