PULAU PINANG 24 Jun – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri mendedahkan sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu bas ekspres yang menggunakan telefon bimbit ketika memandu dalam Ops Khas Aidilfitri baru-baru ini. Pengarah JPJ negeri, Mohamat Johari Matmor berkata, kesalahan itu dikesan selepas anggotanya menyamar sebagai penumpang bas berkenaan. Katanya, sepanjang operasi, pihaknya telah memeriksa 92 buah bas dengan tujuh dikesan melakukan pelbagai kesalahan. “Antara kesalahan lain termasuklah memandu secara berterusan di lorong kanan, menurunkan penumpang pada tempat tidak dibenarkan selain memandu secara berterusan melebihi 300 kilometer (km) tanpa menukar pemandu,” katanya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya