MESKIPUN peristiwa tersebut sudah hampir dua dekad, namun ia masih kekal dalam memori Almujtaba Osama Ali, 26. Insiden seorang lelaki tua yang meminta sedekah dan ditolak sehingga jatuh tersungkur cukup mengguris hati kecilnya. Rasa belas yang menebal dalam dada membuatkan Almujtaba Osama berlari sepantas kilat semata-mata mahu membantu lelaki tersebut. Bekal rotinya yang masih bersisa dihulurkan kepada lelaki berkenaan. Sejak itu, anak kelahiran Juba, Sudan Selatan berkenaan bertekad untuk keluar dari kepompong kemiskinan bagi membela nasib mereka yang kurang bernasib baik. Peristiwa tersebut benar-benar berbekas di hatinya. Atas alasan itulah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya