KANGAR – Pembentukan kerajaan negeri Perlis yang sempurna termasuk pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dijangka pada minggu depan. Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man memberi bayangan itu pada Majlis Penyampaian Sumbangan Sempena Ramadan DUN Beseri di Dewan 2020 di sini hari ini. “Insya-Allah, isu sudah selesai (kemelut pelantikan Menteri Besar) dan kerajaan negeri akan dibentuk dalam masa terdekat,” katanya ringkas kepada pemberita. Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Dr. Syed Omar Syarifuddin Syed Ihsan berkata, majlis pelantikan Exco itu dijangka akan dilaksanakan pada minggu depan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya