KUANTAN – Seorang pelancong wanita warga emas dari China berusia 67 tahun ditemui selamat tengah hari tadi selepas dilaporkan hilang semalaman di Gunung Berembun, Cameron Highlands. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Mohd. Sani Harul berkata, San Mui Hui, 67, yang berasal dari Hong Kong dilaporkan hilang pada pukul 8.30 malam semalam. Menurut beliau, mangsa bersama beberapa rakannya mendaki gunung tersebut pada petang semalam untuk bersiar-siar sebelum disedari hilang. “Sepasukan lapan anggota ditugaskan untuk mencari dan menyelamat mangsa bermula pukul 9.22 malam (kelmarin) sebelum ditangguh pada pukul 1 pagi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya