PASIR PUTEH 7 Jun – Seorang pelajar dan pemuda maut apabila motosikal yang ditunggang mereka bertembung sesama sendiri berhampiran simpang empat Tok Aman Bali Beach Resort, Kampung Dalam Ru, dekat sini, malam tadi. Kejadian kira-kira pukul 12.15 tengah malam itu menyebabkan kedua-dua mangsa, Mohd. Ridwan Ismail, 23, dan Muhamad Daniel Afsham Mohamad Raf, 14, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan yang serius. Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, hasil siasatan awal mendapati Mohd. Ridwan yang menunggang motosikal Honda EX5 dari jalan Melawi menghala ke Kuala Besut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya