PUTRAJAYA 19 Jun – Peguam kepada bapa model Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh, Ramkarpal Singh mendedahkan mempunyai bukti baharu berhubung kes pembunuhan berprofil tinggi itu. Beliau yang enggan mendedahkan dengan lebih lanjut berkata, bukti baharu itu yang mampu menggegarkan semula siasatan kes tersebut menjurus ke arah motif pembunuhan model tersebut. “Buat masa ini saya tidak boleh memperincikan mengenai personaliti yang berkemungkinan terlibat dalam siasatan ini namun, cukup saya katakan bahawa petunjuk baharu ini sudah cukup untuk membuka semula siasatan kes pembunuhan ini,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya