BANGKOK 2 Jun – Seekor paus mati akibat memakan lebih 80 beg plastik selepas ditemukan di sebuah terusan berhampiran sempadan Malaysia pada Isnin lalu. Pasukan veterinar Jabatan Marin dan Sumber Pantai cuba menyelamatkan paus berkenaan dengan ‘menstabilkannya’ namun mamalia itu mati semalam. Bedah siasat yang dijalankan terhadap paus itu menemukan lebih 80 beg plastik seberat lapan kilogram dalam perutnya. Mamalia itu turut memuntahkan lima beg plastik semasa usaha menyelamatkannya dilakukan. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya