Kali terakhir UMNO mengadakan pemilihan pucuk pimpinan pada peringkat nasional ialah sewaktu parti tersebut mengadakan Perhimpunan Agungnya pada Oktober 2013. Sepatutnya pemilihan tiga tahun sekali tersebut seterusnya diadakan pada penghujung 2016, tetapi ditangguhkan selama 18 bulan sehingga pertengahan 2018 sebagai persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14. Setelah pemilihan itu ditangguhkan, jangkaan ahli-ahli parti ialah Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak merancang untuk mengadakan PRU itu pada bila-bila masa pada penghujung 2017 atau paling lewat awal 2018. Selepas PRU selesai, barulah pemilihan parti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya