PUTRAJAYA – Parlimen akan bersidang buat pertama kalinya selepas Pilihan Raya Umum ke-14 mulai 16 Julai selama 20 hari. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sidang Parlimen itu akan bermula dengan pemilihan Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta diikuti majlis mengangkat sumpah. Beliau berkata, pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan Akta Anti-Berita Tidak Benar serta pindaan terhadap akta-akta lain akan dibentangkan pada sidang Parlimen itu. “Ada beberapa pindaan kepada undang-undang lain yang akan kita umumkan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya