BAGAIKAN satu sumpahan buat sang juara apabila Jerman yang merupakan pemenang Piala Dunia 2014 tersingkir awal pada peringkat kumpulan selepas tewas memalukan 0-2 kepada Korea Selatan di Arena Kazan, Rusia semalam. Lebih malang, kemenangan 3-0 Sweden terhadap Mexico dalam satu lagi aksi terakhir Kumpulan F di Arena Ekaterinburg juga mengesahkan penyingkiran skuad bimbingan Joachim Low tersebut. Terdahulu, Sweden, Jerman dan Korea Selatan bersaing untuk merebut satu lagi slot ke peringkat kalah mati memandangkan Mexico sudah berada sebelah kaki layak ke pusingan seterusnya. Jerman yang perlu menang ke atas Korea Selatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya