KUANTAN 28 Jun – Kerajaan negeri akan mengkaji terlebih dahulu berhubung pembayaran elaun sebanyak RM900 kepada semua pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang kini dikenali Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) seperti diamalkan sebelum ini. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan sama ada ingin meneruskan pembayaran pada kadar sama atau sebaliknya adalah bergantung kepada kedudukan kewangan sedia ada. “Sebelum ini (ketika pemerintahan Barisan Nasional), pengerusi JKKK menerima elaun sebanyak RM500 daripada bantuan kerajaan Pusat (RM400 lagi dibayar kerajaan negeri). “Di bawah pimpinan baharu (Pakatan Harapan),…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya