ALOR SETAR – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Muhamad Nur Aizat Noor Azam, 26, merupakan antara calon termuda menawarkan diri untuk bertanding mengisi jawatan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Pusat dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok pada pemilihan parti akan datang. Muhamad Nur Aizat yang merupakan seorang peguam berkata, beliau menawarkan diri untuk bertanding kerana berhasrat memberi nafas baharu kepada parti UMNO selepas menerima kekalahan besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu. Menurutnya, beliau menyasarkan untuk memperjuangkan suara hati orang muda di akar umbi serta menarik kembali minat golongan profesional…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya