MUAR 7 Jun – Bayi perempuan, Nur Aisyah Hasmizan berusia 17 bulan yang dilaporkan hilang di rumahnya di Kampung Parit Lanjut, Sungai Terap, di sini ditemui selamat. Bayi berkenaan dipercayai ditemui di kawasan semak berdekatan sebuah pencawang elektrik di daerah ini kira-kira pukul 4 petang tadi. Anak bongsu kepada Hasmizan Othman, 35, dan Siti Noorfadila Yusofe, 30, itu pada mulanya disedari hilang ketika ibu bapanya bangun untuk bersahur, pagi tadi. Kejadian tersebut dipercayai berlaku antara pukul 3 hingga 5 pagi ketika kesemua ahli keluarga sedang tidur di dalam bilik utama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya