PUTRAJAYA 22 Jun – Penolong Pengarah Bahagian Kewangan dan Pasaran Modal Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus diumumkan sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang baharu berkuatkuasa 1 Julai ini. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pelantikan Nor Shamsiah yang dicadangkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 19 Jun lalu dengan kontrak selama lima tahun sehingga 30 Jun 2023. Sebelum ini, Nor Shamsiah pernah berkhidmat sebagai Timbalan Gabenor BNM dari 2010 hingga 2016 dan bertanggungjawab ke atas pelbagai perkara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya