JOHOR BAHRU 8 Jun – Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, Noor Azleen Ambros menawarkan diri bertanding Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian pada pemilihan parti hujung bulan ini. Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat bagi memastikan UMNO bahagian tersebut kembali bangkit sebagai sebuah parti yang lebih kuat, berwibawa serta relevan dalam landskap baharu politik tanah air. Katanya, berikutan keputusan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang tidak memihak kepada UMNO, maka parti keramat itu perlu kembali bangkit dalam memastikan asas, ideologi dan semangat kebangsaan yang mendasari perjuangannya selama ini tidak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya