KUALA LUMPUR 7 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan hasrat untuk terus memimpin UMNO Bahagian Pekan. Menerusi catatan dalam laman Facebook beliau hari ini, bekas Perdana Menteri itu menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Pekan pada pemilihan parti kali ini. Dalam catatannya juga, Najib turut mengambil peluang mengingatkan ahli-ahli parti bahawa kini bukannya masa untuk bersedih atas kekalahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, sebaliknya mereka perlu bangkit. Katanya, ahli-ahli UMNO hendaklah menguatkan semangat, perkukuhkan ketahanan diri untuk menyuburkan dan memulihkan UMNO. “Ini kerana UMNO…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya