JOHOR BAHRU 5 Jun – Kerajaan negeri sedang mengkaji untuk menaik taraf Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) dan Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah) kepada kolej universiti atau universiti penuh, dalam tempoh tiga tahun akan datang. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan berkata, itu selaras dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) negeri pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) untuk mewujudkan ‘Universiti Johor’. “Kita telah merangka beberapa pasukan di peringkat dasar untuk membuat perbincangan tentang hala tuju Universiti Johor ini yang akan dianggotai beberapa pakar dalam bidang pendidikan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya