KUALA LUMPUR – MSM Malaysia Holdings Bhd. (MSM), anak syarikat Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV), merancang untuk meneroka pasaran Afrika dan China dalam masa terdekat sebagai langkah menambah nilai syarikat pengeluar gula itu. Pengerusinya, Datuk Azhar Abdul Hamid berkata, pihaknya masih lagi merangka strategi sama ada untuk menjadi pengeluar gula dalam pasaran asing atau menyediakan khidmat kepada pasaran terbabit dari Malaysia. “Kami dapati permintaan gula dari negara Afrika semakin meningkat manakala China, yang sebelum ini mempunyai pasaran tersendiri dalam memenuhi permintaan tempatan, kini menjadi pengimport bersih gula,” katanya. Beliau…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya