YEKATERINBURG, Rusia 28 Jun – Penyokong Mexico melompat dan menyanyi kegembiraan di Ekaterinburg Arena, biarpun pasukan mereka kalah 0-3 kepada Sweden dalam aksi terakhir Kumpulan F kerana berjaya mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati Piala Dunia 2018 ekoran kekalahan mengejut 0-2 Jerman kepada Korea Selatan, sebentar tadi. Semua penyokong Mexico kelihatan muram sepanjang 90 minit permainan selepas jaringan Ludwig Augustinsson (minit ke-50) dan penalti Andreas Granqvist pada minit ke-62 meletakkan Sweden mendahului 2-0. Gol sendiri Edson Alvarez pada minit ke-74 memburukkan lagi keadaan buat skuad bimbingan Juan Carlos Osorio yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya