KETIKA itu, Nur Hidayah sedang menghias halaman dan ruang dalaman rumah kerana tidak lama lagi mereka akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Emaknya, Mak Saodah pula sibuk membungkus kuih baulu yang akan disedekahkan kepada jiran tetangga. Empat hari lagi Aidilfitri akan menjengah. Nur Hidayah masih ingat peristiwa menjelang Aidilfitri tahun lalu. Emaknya dirawat di hospital kerana perlu menjalani pembedahan usus. Aidilfitri kali ini emaknya sihat dan Nur Hidayah sangat gembira dengan keadaan itu. “Mak, sepertinya tahun ini tidak ada tetamu yang akan menginap di rumah kita, ya! Biasanya menjelang Aidilfitri, selalu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya