Akal tercari-cari kemodenan Kononnya bertunjang kebaratan Memandang sinis ketimuran Nilai adat dipandang sepi Bahasa Melayu diletak ke tepi Agama buat-buat tak mengerti Halal haram bukan soalnya lagi Asal jangan tertinggal gerabak kereta api Bergelar ratu duniawi Asal cantik bergaya Disanjung dunia Lupa diri lupa segala Tak ingat bangsa mahu pun budaya Itulah Melayu tanpa jiwa Sekadar membawa nama semata Amirah Syazwani Alor Setar, Kedah.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya