KLANG – Mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui di atas jambatan Sungai Dua menghala ke Pelabuhan Klang di sini pagi tadi. Mayat tersebut ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 10 pagi sebelum memaklumkan penemuan tersebut kepada pihak berkuasa. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, ketika ditemui, bayi tersebut sudah meninggal dunia. “Ketika anggota sampai di lokasi kejadian, kita mendapati keadaan mayat bayi tersebut masih bertali pusat dan keadaan perut yang terburai berada di atas jambatan tersebut. “Anggota kita masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya