PUTRAJAYA 6 Jun – Kementerian Pendidikan menggesa semua universiti awam membuka akses masuk untuk masyarakat luar sebagaimana amalan institusi pengajian tinggi terkemuka dunia seperti Harvard, Oxford dan Cambridge. Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, naib-naib canselor dan timbalan-timbalan juga dikehendaki tidak menghalang sebarang bentuk program debat, forum atau wacana yang dianjurkan mahasiswa. “Selaras dengan hasrat menjadikan universiti sebagai medan intelektual terbuka, kita tidak boleh meletakkan ‘barrier’ (penghalang) di pintu-pintu masuk contohnya beberapa universiti yang meletakkan palang-palang. “Mulai hari ini kita mahu universiti menjadi medan untuk masyarakat menimba ilmu, bertukar idea dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya