BARAAN. Seramai 40 orang masyarakat Jawa di Kampung Batu Masjid, Temoh, Perak meneruskan tradisi baraan dengan mengunjungi rumah seorang warga emas, Embah Esah Tukino di kampung itu baru-baru ini. Baraan merupakan istilah Jawa yang bermaksud berjalan atau ziarah beramai-ramai dalam kumpulan pada hari raya. Menurut penyelaras program tersebut, Azmi Ismail, amalan tersebut telah dilaksanakan sejak turun-temurun dan adakalanya mereka pernah menziarah sekitar 30 buah rumah dalam masa sehari.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya