KOTA KINABALU – Pihak pengurusan tertinggi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBR) mengambil keputusan untuk melarang pelancong melawat masjid itu buat sementara waktu berkuat kuasa serta merta. Pengerusi MBR, Datuk Jamal Tun Sakaran berkata, keputusan itu ekoran video yang tular di media sosial baru-baru ini berkenaan tindakan pelancong asing yang mempamerkan perilaku tidak senonoh iaitu menari di atas tembok pagar masjid itu. “Pihak pengurusan tertinggi MBR menzahirkan rasa sangat kesal dengan tindakan segelintir pelancong tersebut meskipun sudah diberikan penerangan perilaku dan tertib di sekitar masjid,” katanya dalam kenyataan di sini, hari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya