SKUAD hoki wanita negara mendapat perkhabaran gembira menjelang Sukan Asia 2018 di Jakarta dan Palembang, Indonesia pada Ogos depan apabila Majlis Olimpik Malaysia (MOM) membuat ‘pusingan U’ dengan menyenaraikan semula mereka dalam kategori A. Timbalan Presiden MOM, Datuk Seri Abdul Azim Ahmad Zabidi menjelaskan, Malaysian Tigress layak ‘diterbangkan’ untuk kategori A selepas penilaian semula dibuat badan induk tersebut yang terdahulu menyenaraikan mereka bagi kategori B, Jumaat lalu. Perubahan status itu disebabkan semakan semula pencapaian skuad negara yang menghuni ranking No. 22 dunia, sewaktu meraih tempat keempat Trofi Juara-Juara Asia (ACT)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya