SINGAPURA 2 Jun – Malaysia menyokong penuh usaha ke arah denuclearisation dan berharap tidak hanya bertumpu kepada negara tertentu seperti Korea Utara dan Iran sahaja, kata Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu. “Ia harus merangkumi semua negara yang memiliki senjata nuklear,” kata beliau selepas Dialog Shangri-La (SLD) edisi ke-17 di sini hari ini. Mohamad berkata, Malaysia menyambut baik rundingan menangani krisis nuklear yang dijangka berlangsung antara Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di Singapura pada 12 Jun ini. “Ia satu usaha yang baik. Kita tidak mahu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya