KUALA LUMPUR 29 Jun – Malaysia mencatatkan perdagangan perkhidmatan antarabangsa berjumlah RM341.1 bilion pada 2017, menyumbang sebanyak 25.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kata Jabatan Perangkaan. Jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, eksport perkhidmatan berkembang kepada RM159.2 bilion daripada RM147.6 bilion pada 2016 manakala import meningkat sebanyak 9.3 peratus kepada RM182 bilion daripada RM166.5 bilion sebelumnya. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir berkata, eksport perkhidmatan meningkat sebanyak RM47.7 bilion dalam tempoh tujuh tahun lepas. “Eksport disokong terutamanya oleh perkhidmatan perjalanan dan perkhidmatan perniagaan seperti perkhidmatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya