KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines menyasarkan 2019 bakal menjadi tahun lebih cerah bagi syarikat penerbangan itu yang bersandarkan kepada rancangan berterusan untuk mengembangkan rangkaian penerbangan walaupun terpaksa mengharungi tempoh ‘amat sukar’ bagi tahun semasa. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Kapten Izham Ismail berkata, tempoh suku pertama tahun ini terbukti menyaksikan pasaran yang amat kompetitif namun tidak menghalang syarikat tersebut mencapai sasarannya. Malah, tempoh berbaki 2018 juga memberi cabaran besar dari segi peningkatan harga minyak serta pengukuhan nilai ringgit. “Keupayaan ringgit mengukuhkan nilainya akan memberi manfaat kepada rakyat tempatan. Bagaimanapun, tidak ramai yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya