DI Semenanjung Tanah Melayu, British pernah cuba menghapuskan institusi itu dengan memperkenalkan konsep kerajaan republik melalui Malayan Union pada 1946. Bagaimanapun Raja-Raja dan orang Melayu telah berjaya menolaknya dan menghidupkan semula kuasa raja seperti sebelum Malayan Union. Raja-Raja menaiki semula takhta dan semua perkara mengenai kedudukan agama Islam dan orang Melayu dikekalkan di samping raja kekal sebagai pemerintah negeri. Perjanjian Persekutuan 1948 di antara British dan Raja-raja Melayu itu juga telah membuat satu perubahan besar. Raja-raja Melayu telah sanggup menurunkan diri mereka sebagai Raja Berperlembagaan atau Constitutional Monarchy dan menggugurkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya