KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid akan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu 30 Jun ini. Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Mahdzir berkata, keputusan menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu dibuat berdasarkan tanggungjawab untuk berkongsi semangat, idea dan tenaga bagi memastikan UMNO terus diperkasakan dengan penuh kejujuran dan keinsafan dalam memperoleh kembali kepercayaan rakyat. Katanya, pembaharuan semangat, jati diri anggota UMNO serta pendekatan parti dalam menghadapi cabaran mendatang memerlukan perancangan, usaha yang bersifat inklusif dan holistik untuk kelangsungan dan kebangkitan UMNO. “Amalan dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya