KUALA PILAH 18 Jun – Sebuah lori tangki dengan muatan 20,000 liter minyak diesel terbalik menyebabkan tumpahan minyak selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Pelangai Hilir dekat sini, hari ini. Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Mohd. Zakaria Ramli berkata, kejadian pada pukul 7.46 pagi itu dipercayai berlaku apabila lori terbabit cuba mengelak sebuah kereta yang berpusing di hadapannya sebelum terbabas dan bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga dari arah bertentangan. “Kemalangan mengakibatkan lori yang datang dari arah Kuala Pilah ke Juasseh itu terbabas dan terbalik di lereng bukit sedalam tiga meter manakala kereta Proton Saga itu terbabas ke tepi jalan,” katanya ketika dihubungi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya